Wednesday, May 9, 2012

Propolis - Antibiotik Semulajadi Kebijaksanaan Lebah

Hanya beberapa titis cecair pati Propolis cukup untuk mengelakkan dan mencegah dari mendapat jangkitan virus yang mengakibatkan flu, sakit tekak, demam, batuk, tonsilitis  dan sebagainya.


Ini adalah comb lebah trigona, lebah yang banyak menghasilkan Propolis
Lebah menghasilkan propolis untuk menutupi sarangnya supaya terlindung dari air hujan dan suhu yang rendah. Sarang lebah juga perlu dilindungi dari dimasuki parasit dan diserang penyakit. Lebah-lebah adalah makhluk yang sangat pembersih dan mereka bekerja hampir dua puluh empat jam untuk membersihkan sarang mereka. Lebah menggunakan propolis yang ada di pintu sarang sebagai bahan untuk mensterilkan diri mereka semasa keluar masuk.

Sekiranya terdapat juga serangga atau binatang kecil seperti cicak yang dapat masuk ke dalam sarang mereka, maka mereka tidak dapat mengeluarkan penceroboh tersebut. Apa yang dilakukan ialah penceroboh tersebut akan dilitupi dengan propolis dan dimumiakan supaya bangkai tersebut tidak berbau dan membahayakan koloni mereka.

Bahan ini juga menguatkan kestabilan struktur sarang dan mengurangkan getaran yang mungkin mengancam koloni lebah tersebut. Warna dan kandungannya berbeza-beza dan propolis biasanya berwarna perang tetapi juga terdapat dalam warna hijau, merah, hitam dan keputihan mengikut damar yang terdapat di kawasan setempat.



  • Propolis dibuat dengan damar, resin atau gam lebah dari kulit pokok, digaul bersama madu, bee polen, pati minyak, enzim lebah dan pelbagai lagi bahan mengikut kawasan setempat.
  • Propolis berfungsi sebagai anti-bacteria, anti-virus, anti-fungus, anti-oksidan, anti-kulat, antiseptik dan anti-parasit semulajadi yang sangat efektif tanpa memberi kesan sampingan bahaya.
  • Bahan aktif yang menjadikan propolis ini sangat berkesan ialah flavanoid, phenolic dan terpenes.
  • Propolis bertindak untuk merawat serangan dan masalah allergi, atherosclerosis, kemurungan, jangkitan kuman/bakteria dan keradangan (inflammation).

Propolis mengandungi 500 bioflavnoid (vitamin P) lebih dari yang terdapat dalam limau. Propolis juga mengandungi semua vitamin yang diketahui, kecuali vitamin K. Ia juga mengandungi kesemua 14 mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia kecuali sulfur. . 


Propolis membantu untuk merawat dan mencegah masalah-masalah kesihatan seperti berikut :
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Kencing Manis
  • Masalah Jantung
  • Angin Ahmar
  • Asma
  • Resdung
  • Gout
  • Kanser terutamanya leaukimia
  • Batuk, Selsema, Demam
  • Sakit Sendi / Arthritis
  • Ekzema
  • Masalah Kulit, Alergi
  • Luka, Melecur
  • Sakit Gigi
  • Ulser Mulut
  • Masalah Penghadaman
  • Gastrik, Buasir
  • Migrane / Sakit Kepala
  • Gatal, Radang dan Telinga Berair/Bernanah.  
Green Propolis yang diproses secara GMP oleh seorang Bumiputera dengan kaedah "aqua-based soluble"
Berhati-hati dengan jenama propolis yang lain yang mungkin menggunakan alkohol sebagai bahan solublenya.
Sila klik di sini untuk mendapatkannya.


Pembiakan lebah trigona di Min House Camp, Kubang Kerian, Kelantan


* Peringatan - Elakkan penggunaan kepada kanak-kanak di bawah 3 tahun dan ibu mengandung.





Sistem An Nisaa


Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *